School of Languages, Literacies & Translation  |  Main Campus

Kursus Pengenalan Bahasa Al-Quran

Dalam pertemuan pertama pada 31 Mac 2016, persetujuan telah diperolehi untuk menjalankan kursus ini pada ketetapan berikut:

Hari : Isnin dan Rabu
Waktu: 5.30 – 7.00 petang
Tempoh: 8 minggu bermula 4 April 2016 – 25 Mei 2016

Tempat:  Bangunan D09A, Tingkat 1, Bilik 105A (Bilik Seminar)
                 Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, USM

Pendaftaran masih dibuka kepada semua.

(Kemaskini: 1 April 2016)

Pengenalan
Bahasa Arab antara bahasa asing popular yang dipelajari atas berbagai-bagai faktor sama ada untuk pertuturan, perniagaan, bersosial, melancong ke Timur Tengah atau beribadat di Tanah Haram. Namun, kebanyakan pelajar menjadikan faktor keagamaan untuk lebih mendekati bahasa Arab iaitu untuk memahami al-Quran, menghayati bacaan dalam solat atau doa harian. Buat julung kalinya, Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT), USM menawarkan Kursus Pengenalan Bahasa Al-Quran ini untuk memperkenalkan bahasa al-Quran kepada masyarakat awam di Pulau Pinang. Kursus ini dirangka khusus untuk memberi peluang kepada pelajar mempelajari asas bahasa Arab mengikut konteks al-Quran.

Objektif
1. Memperkenalkan bahasa al-Quran dalam bentuk yang praktikal.
2. Mendedahkan kepada pelajar asas Nahu dan Sarf bahasa Arab.
3. Memberikan latihan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa lazim.
4. Menambah keyakinan dan minat pelajar untuk mendalami bahasa Arab.


Jika berminat, sila hubungi 04-653 2361 atau e-melkan butiran diri anda seperti berikut ke enid@usm.my:

Nama:
No. telefon:
E-mel:
Lokasi:

Pastikan anda hadir ke PERTEMUAN PERTAMA di Dewan Persidangan PPBLT pada hari Khamis, 31 Mac 2016 jam 5.30 petang untuk pendaftaran rasmi dan penentuan jadual waktu. Jumpa di sana, إلى اللقاء .

 

Poster Kursus Pengenalan Bahasa Al Quran

 

School of Languages, Literacies & Translation
Universiti Sains Malaysia,11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia
Tel: (60) 04-6533145/3158/3751/4141  |  Fax: +604-6569122 |
Email: ppblt_courses@usm.my  |  

  • Last Modified: Thursday 21 November 2024.

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any inaccuracies, errors, or misunderstandings arising from the use of Google Translator. Users are encouraged to approach translations with awareness and consideration for the limitations of machine translation technology. Information published on the English version will be used in the case of discrepancies.