KURSUS MIKROCREDENTIAL PPBLT USM: KURSUS TATABAHASA MELAYU INTERAKTIF
PENGENALAN KURSUS
Kursus ini memfokuskan pemantapan tatabahasa bahasa Melayu. Penekanan aspek tatabahasa difokuskan terhadap penggunaan ejaan, imbuhan, kata dan struktur ayat, padanan istilah bahasa Melayu bagi istilah bahasa Inggeris, pedoman rumus ayat serta dipadukan dengan perbincangan umum tatabahasa. Melalui kursus ini juga, para pelajar/peserta akan lebih cenderung memahami dan menggunakan kata, frasa dan ayat yang tersusun dan bersistem selain membantu mereka mengenal pasti setiap kesalahan bahasa dengan mudah. Setiap modul kursus diimplementasikan dalam bentuk multimedia interaktif yang bertujuan memudahkan pelajar/peserta memahami tatabahasa dengan lebih jelas dan berkesan.
Pautan kursus dalam OpenLearning Marketplace :
https://learning4life.usm.my/qualifications/tmi/?preview=true
Kumpulan Sasaran : Terbuka kepada pelajar, staf USM dan komuniti luar.
Pautan video promo kursus Tatabahasa Melayu Interaktif